Tuesday, September 29, 2009

1st, 2nd, 3th - 7th Hari Ghaye.......

Tahun nie 1st time we both beraya berdua.... so this year raya kat ipoh dulu.... by next year PD nyer turn k... nie termaktub dlm contract... harap maklum.... huhuhu... x tau nak cite ape so layan picca nie semua k... x larat nak bercerita... actually gmbr pun x banyak sgt coz segan nak menggedik dpn family PIL......
1 Family di pagi raya selepas semayang raya....
Align CenterLadies yg vogue.... huhuhuhuhu.....
Hubby & Wifey
Gi open house.... lepak kat luar jee.... sebab ada taman astakona.... huhuhuhuhu....
Purak-purak main congkak......
Baju kebaya corak paisley.... takut gak gi beraya skali sama dgn langsir or wallpaper rumah sape2 ke.... naya jee....... kalo blog skin xpe lg....... huhuhuhuhuhu......but i really love paisley so classic....
Finally balik PD hari raya ke-4.....

My sis .......
Mr. M terpaksa menggedik sebab baju-baju raya nie kitaorg x amik gmbr pic ber-2 lg...... yg penting sedondon k.... t-shirt Mr. M mesti sedondon dgn my baju raya ...... nasib badan la dapat bini menggedik.... hahhahahahhaha.....
Ibu yg baru perasan dia x tangkap picca lansung hari raya nie... sebab sorang anak dia xde... kesian jee... my sis cbuk nak beraya dgn bf... haiya...... xpe next year kita raya skali eak.....
Keletihan.... make up pun x sempat cuci... that why black&white... buruk... huhuhuhu... dpt plak mengadap tut papa.... nie ihsan candid Mr. M, dia balas dendam k kes candid pic dia tgh beraffair dgn KIKI.....
Finito...

Thursday, September 17, 2009

Salam Aidilfitri......

Dengan ucapan


Bismillalhirrahmanirrahhim


Saya dengan ini mengambil kesempatan dengan sejujurnya saya menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf, halalkan makan & minum ...Mana yg ada terlepas kata ... terlebih gurau senda ...tersentuh hati dan perasaan sepanjang persahabatan
haraplah tidak disimpan didalam hati ...Semoga di hari lebaran nanti akan lebih mengeratkan hubungan kita sesama umat dan moga dilimpahi rahmat dari-Nya


Selamat Berhari RAYA,
Selamat Menikmati Juadah RAYA,
Selamat Menikmati Kuih RAYA,
Selamat Bergaya dengan Baju RAYA,
Selamat Berjalan RAYA,
Yg Penting Skali Berhati-hati di Jalan RAYA,
Tidak dilupa Duit RAYA.


Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir & Batin


Tuesday, September 15, 2009

Evolution 10

Last sunday merupakan hari merayau-rayau satu kl.... mcm2 hal nak settle..... 1st thing Mr. M nak pasang tinted... through LancerGT club.... he got the best offer for V-Cool.... then the best thing leh pasang kat umah.... tp disebabkan umah kitaorg kat PD forumer from LancerGT club offer pasang kat umah dia & price pun dikurangkan skit lg.... tp yg boring nyer nak tunggu dlm masa 3 jam.... adus mcm ner nak lepak2 kat umah org lama 2.... but thank god that brother(actually dah baya2 ayah pun ) but he so sporting... dia layan kitaorg mcm dah kenal lama jee.... borak mcm2 topik la...... rasa mcm kat umah sendiri plak... berangan k.... hahahahahhaha.....
Muka boring ya amat tunggu 3 jam... kejap2 duk dalam umah... dah boring lepak kat taman plak... kalo kota kemuning ada shopping mall kan best... leh bertawaf satu dua round... survey2 ape yg patut or yang x patut... hahhahahhahahaha.....
Evo 10 yg park depan rumah... really menarik perhatian kitaorg... His owner bg green light... Apalagi langkah kanan la nak beli sendiri x tau la bila mampu.... so jangan lepaskan peluang..... huhuhuhuhu....
Mr. M mula mendekati... hampir & makin hampir... hahhahhahahhaha....

Sama tapi x serupa.... banyak sgt beza.... mcm bapak & anak....
Wifey pun nak menyebuk jugak.... hahahhahahaha...
Sport rim yg membuatkan air liur kitaorg hampir meleleh... huhuhuhuhu...
Bucket seat Recaro..... feeling abis k.... bisa buat jatuh cinta berkali2......
Stereng nie mesti best masyuk jee masa drive..... feeling ala2 Lewis Hamilton sorry k bukan Kimi Roikonen... huhuhuhu.....
Gear yg.... urm.... x tau nak ckp ape lg... hahahahahahahhaha....
Bermulanya sesi berangan.....
Mr. M memulakan aksi terlampau.....
Wifey pun nak menggedik jugak....
Tak salah bermimpi..... mana tau satu hari menjadi kenyataan.... cheewah.... tp kena ukur baju baju dibadan sendiri tau... pesanan ikhlas khidmat masyarakat.... huhuhuhuhu......

Tuesday, September 8, 2009

Sexy Cat Affair........

Kiki mengada2 ya amat2 skang nie..... dia dah pandai jealous.... then yg x leh tahan siang malam dia kongker katil kitaorg.... tido pun dgn kitaorg... di kuar bilik untuk makan & eek jee pas2 bermastautin kat bilik kitaorg......

Nie masa dia tido dlm dakapan Mr. M..... Dia tido lena ya amat...
Layan lagi.....
& Lagi....
dan lagi.....
Nie plak candid masa Mr. M tgh tido..... tangan still maintain kat leher Kiki..... Over k...
Siap tido melintang x bg i ruang skit pun nak menyepit.....
Teramat-amat over k...... Gediks........

Adegan yang terpaling x leh blah kiki dah pandai kongker Mr. M dia xmau share2 dah...... huahuahuahuahuahua.......... kalo dia menggedik dgn Mr. M then ada gangguan dr pihak x sepatut nyer(it me) dia mula nak mengamuk... dia cakar2 bedsheet semua... kalo kitaorg gurau2 ke dia pandang semacam jee siap jeling2 lg... nnt ada chance candid pic Kiki tgh menjeling.... adus over dah kiki nie... 2 laki aku k.... Mana leh kongsi2.... Nie sudah lebih.........

Dear Mr. M... percaya x kucing nie boleh buat kita jatuh cinta kan..... hahahahhahaha... dulu u yg x suka kucing sesgt.. siap bg syarat nie la syarat 2 la.... skang nie u pulak yang over k.... kalah i tuan yg bela kiki sejak azali lg....... tersepak Kiki sikit pun x leh... huhuhuhuhuhu......

Monday, September 7, 2009

Alpulcat Menyerang Lagi......

Atas permintaan ibu2 mengandung nie dipersembahan cara2 membuat Apulcat...... Senang jee k... so cuba jangan x cuba.... huhuhuhuhuhu...

Bahan yg diperlukan:-
1) Buah avacado (sebiji tuk segelas tuk seorang)
2)Fresh Milk
3)Brown Sugar(gula biasa pun boleh)-2 sudu
4)Ice Cube

Masukkan semua bahan... Make sure susu tenggelamkan avacado...


Smoothies yg ready tuk diminum.....

Leh hiaskan dgn sapuan coklat cair di sekeliling glass...

Sedia untuk diminum... Wallah............ Marvelous....

Here are some other important nutritional facts about the Avocado:

Avocado Nutrient Profile

  • One-fifth of a medium avocado, or about one ounce, has 50 calories and contributes nearly 20 beneficial nutrients to the diet.
  • Avocados contribute nearly 20 vitamins, minerals and phytonutrients. Phytonutrients are thought to help prevent many chronic diseases.
  • Avocados contribute nearly 20 vitamins, minerals and phytonutrients, including 4% of the recommended Daily Value (DV) for vitamin E, 4% vitamin C, 8% folate, 4% fiber, 2% iron, 4% potassium, with 81 micrograms of lutein and 19 micrograms of beta-carotene.
  • Avocados act as a "nutrient booster" by enabling the body to absorb more fat-soluble nutrients, such as alpha- and beta-carotene as well as lutein, in foods that are eaten with the fruit.
  • Avocados contribute nearly 20 vitamins, minerals and beneficial plant compounds that can contribute to the nutrient quality of your diet.
  • Avocados, due to their mono and polyunsaturated fat content, are a healthy substitution for foods rich in saturated fat.
  • Avocados contain 76 milligrams beta-sitosterol in a 3 oz. serving. Beta-sitosterol is a natural plant sterol, which may help maintain healthy cholesterol levels.

KHASIAT AVOKADO UNTUK WANITA HAMIL.

Pelbagai cabaran dihadapi oleh ibu yang hamil. Antaranya ialah kebimbangan untuk memakan makanan yang betul, alahan pada waktu pagi dan risau tidak mempunyai masa untuk menyediakan kelengakapan bagi menyambut kehadiran bayi.

Buah avakado adalah jalan penyelesaiannya. Buah ini bolehlah dianggap buah kehidupan kerana ia adalah buah yang mempunyai kandungan sodium, dan bebas kolestrol, serta mengandungi vitamin dan mineral termasuk folate, potassium dan lemak yang sihat untuk jantung.

Avokado mengandungi lebih folate daripada buah-buahan yang lain. Folate (bahan semulajadi yang terdapat dalam asid folik) adalah penting untuk kesihatan sel dan tisu janin terutamanya ketika janin itu sedang membesar. Wanita mengandung seharusnya mengambil sebanyak 600-800 microgram sehari untuk melindungi bayi yang sedang dikandung daripada kecacatan akibat kecacatan saluran tiub neural seperti spina bifida.

Avokado juga adalah buah yang paling tinggi kandungan potassium di mana ia dapat mengimbangi elektrolit tubuh badan yang sememangnya penting ketika tahap jumlah darah wanita yang mengandung meningkat kepada 50 peratus. Selain itu, potassium dapat membantu aktiviti otot, membantu saraf untuk berfungsi serta meningkatkan kadar metabolisme badan di mana ia dapat membantu bayi dan kanak-kanak membesar.

Avokado juga dapat membantu penyakit biasa yang sering menganggu ibu-ibu mengandung iaitu alahan pada waktu pagi. Ia mengandungi sumber penting iaitu vitamin B6 yang dipercayai dapat membantu mengurangkan rasa loya ketika mengandung. Selain mengurangkan rasa loya dan mual, vitamin B6 juga dapat meningkatkan sistem imun, menolong meningkatkan kadar metabolisme tenaga, membantu saraf dorongan, penghantaran dan mensintesiskan darah merah yang amat pentig untuk semua peringakt umur.

Selain berkhasiat, avokado juga boleh dijadikan hidangan yang senang untuk disediakan terutamanya untuk ibu-ibu sedang mengandung yang selalunya tiada masa untuk menyediakan makanan berkhasiat. Avokado memang sesuai untuk dijadikan makanan pilihan kerana apabila mahu menyediakannya, ibu hanya perlu mengeluarkan dari kulitnya dan terus memakannya. Selain itu ia juga boleh dijadikan sebagai bahan campuran dalam salad mahupun sup. Ibu-ibu juga seharusnya memberikan avokado yang telah dilenyek sebagai makanan pertama bayi mereka, ia adalah lebih baik daripada memberi makanan mentega kacang ataupun krim keju.

Memandangkan begitu banyak khasiat buah avokado, maka kaum ibu seharusnya menjadikan buah ini sebagai buah pilihan utama mereka.

Sumber : Majalah Wanita

Tuesday, September 1, 2009

Menu Berbuka Posa....

Last weekend cuti panjang... so posa2 nie mcm2 yg teringin nak makan... kalo nak beli kat PARAM pun x tentu sedap... then nak berbuka kat luar MR. M cbuk dgn bola sepak & F1... so jalan penyelesaian nyer.... gi pasar & jusco cr bahan2 masak kat umah.... sedap x sedap lain cite... yg penting homemade done by ibu & me... huhuhuhuhuhu... so tercipta la menu2 nie... resepi ibu & berkat menggoogle..... ada banyak lg tp x sempat nak amik gmbr dah settle... antara nya siakap bakar, ketam masak smbal, ulam2, laksa, meehoon goreng, sambal sardin, kailan goreng ikan masin & etc..... x lupa kuih muih import dari gerai makcik depan masjid bagan pinang....

Butter Prawn

Bahan-bahan

  • 400gm udang sederhana besar
  • 5 sudu besar butter
  • 3 biji telur kuning-dipukul sedikit
  • 4 cili api-dipotong2
  • 2 tangkai daun kari
  • 1/4 cawan susu cair
  • 2 ulas bawang putih-dicincang
  • gula n garam

Cara-cara

  1. Panaskan 2 sudu besar butter, goreng udang 1/2 masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Tambah butter selebihnya, atas api sederhana, masukkan bawang putih dan kacau.
  3. Masukkan telur, kacau selalu.
  4. Masukkan juga daun kari, susu cair, cili api dan perasa2 sambil kacau selalu.
  5. Masukkan udang dan kacau lagi hingga garing.
  6. Taada ready tuk dimakan.

APULCAT(avacado smoothies)

1 biji avocado + 1sb gula perang(ikut suka) + susu segar(make sure avocado tenggelam dlm susu) + 1 cwn ais yang di hancurkan (crushed ice) = blend semua....
taada sedia untuk diminum... marvelous...

Green Apple KAsturi + Asam Boi....

Apple Hijau + Limau Kasturi+Air gula = Blend then tambah asam boi.... tadaa... siap tuk diminum.....