Monday, October 17, 2011

Myra baby botak...


Susah nyer nak decide nak botakkan myra or x... banyak sgt pendapat.. pening lalat jap tapi  lps mummy myra yg keletah nie study sana sini so we decide cukur jee rambut myra samapai licin... Pas2 banyak sgt t api plak halangan sebab nyer takut nak cukur sendiri nak hantar kedai pun taku susah sgt kan coz mummy myra poyo sgt kot.....huhuhuhuhu...Antara sebab2 myra botak, hope leh share.. :P

Rasulullah SAW bersabda: “Setiap yang dilahirkan tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ketujuh dari kelahirannya dan dicukur rambutnya serta diberi nama" (HR. Ahmad dan Ashabus Sunan)

Mencukur rambut bayi adalah sesuatu yang disunatkan oleh Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Setiap bayi tergadai dengan akikahnya, disembelih untuknya pada hari ketujuh, dicukur rambutnya dan diberi nama.” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 2838] Tujuan mencukur rambut adalah untuk membersihkan selaput kepalanya dan agar rambut yang baru lagi sihat dapat tumbuh. Oleh kerana itulah dalam riwayat yang lain, mencukur rambut juga disebut sebagai “bersihkan kotoran”, yakni hadis: “Bersama seorang anak satu akikah, maka tumpahkan untuknya darah (yakni sembelihan akikah) dan bersihkan kotorannya (yakni mencukur rambut).” [Shahih al-Bukhari, no: 5472, Fath al-Bari, jld. 27, ms. 24]

Mengenai faedah dari mencukur rambut bayi tersebut, Ibnu Al-Qoyyim berkata: “Mencukur rambut adalah pelaksanaan perintah Rasulullah SAW untuk menghilangkan kotoran. Dengan hal tersebut kita membuang rambut yang lemah dengan rambut yang kuat dan lebih bermanfaat bagi kepala dan lebih meringankan untuk si bayi. Dan hal tersebut berguna untuk membuka lubang pori-pori yang ada di kepala supaya gelombang panas boleh keluar melaluinya dengan mudah dimana hal tersebut sangat bermanfaat untuk menguatkan penglihatan, deria bau dan pendengaran si bayi".

Mencukur jambul bayi hukumnya makruh, kerana ia sejenis “qaza” yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. [Shahih al-Bukhari, no: 5920] “Qaza” ialah mencukur sebahagian rambut di mana-mana bahagian kepala sementara di bahagian lain rambut dibiarkan [Fath al-Bari, jld. 28, ms. 832]. “Qaza” dilarang kerana ia mencacatkan kepala seseorang – termasuk kepala bayi – dan ia menyerupai fesyen sebahagian orang bukan Islam. Sekalipun hukumnya makruh, mana-mana ibubapa yang beriman kepada Allah lagi mengharapkan keredhaan-Nya akan berusaha menjauhi sesuatu yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w.. Selain itu ada juga ibubapa yang sekadar menggunting beberapa helai rambut bayi. Praktik ini tidak memiliki apa-apa manfaat sama ada dari sudut agama mahu pun selainnya.

Rambut tadi dikumpulkan, ditimbang, dan kita disunahkan untuk bersedekah (biasanya orang bagi beras) dengan nilai perak atau emas (mengikut kemampuan) sesuai dengan berat timbangan rambut bayi tersebut.

Ini sesuai dengan perintah Rasulullah SAW kepada puterinya fatimah RA : “Hai Fatimah, cukurlah rambutnya dan bersedekahlah dengan perak sesuai dengan berat timbangan rambutnya kepada fakir miskin (HR Tirmidzi 1519 dan Al-Hakim 4/237)

Myra yg mood x bape sporting.. seram mummy, nenek & tok wan. (Akhir nyer botakan myra kat umah jee sebab susah sgt nak cari kedai yg ok.)
X bape nak licin rambut myra sbb anak dara mummy nie mengamuk2...
Air mata bergenang... sedih sgt anak mummy.. huhuhuhuhuhu..

Baby botak mummy yg terpaksa pakai headban or topi bunga2.. kalo x org confuse gegirl ke boboy.. huhuhuhuhuhu...

1 comments:

Lieya

Alo lo lo lo.... botak botak pun myra tetap cumilllll.. takpe pasni rambut myra tumbuh lg cantekkkkk punyee... dunt worry